RSS

Saturday, February 13, 2010

SEKITAR HARI PEMILIHAN JAWATANKUASA PENGGERAK OMSA 2010

KRONOLOGI:


5 JANUARI 2010
Perbincangan mesyuarat menetapkan pemilihan jawatankuasa baru akan dilakukan secara pemilihan dan Unit Pilihanraya OMSA (diketuai oleh saudara Muhammad Aizat bin Saad) tertubuh secara tidak rasmi


12 JANUARI 2010
Perancangan rapi diteruskan bagi menetukan bagaimana cara pemilihan dibuat


19 JANUARI 2010
Keputusan dibuat adalah:

1)Minggu Pengumuman, Pencalonan dan Kempen : 25 Januari-10 Februari 2010
2)Hari Pengundian: 11 Februari 2010
3)Cara Pengundian: Bagi mengelakkan pembaziran kos, tenaga dan masa, pengundian dijalankan didalam kelas masing-masing, di mana setiap kelas diberikan sampul surat besar berisi kertas undian dan undian dijalankan di dalam kelas masing-masing. Sampul berkenaan mesti diserahkan ke pejabat fakulti sebelum jam 1 tengahari (kecuali kelas yang mempunyai masalah).

25 JANUARI 2010
Perjumpaan bersama pelajar bahagia 3 (Atas arahan KP) , 8-10 malam

26 JANUARI 2010
Perjumpaan bersama pelajar bahagia 4 (Atas arahan KP) , 8-10 malam

27 JANUARI 2010
Perjumpaan bersama pelajar bahagia 2 (Atas arahan KP) , 8-10 malam

10 FEBRUARI 2010
Perjumpaan bersama calon dan wakil untuk taklimat ringkas


Borang Undian Pelajar Bahagian 4



Borang Undian Pelajar Bahagian 3



















Borang Undian Pelajar Bahagian 2



11 FEBRUARI 2010


8.00 pagi – 5.00 Petang: Undian dijalankan
5.30 Petang: Kiraan undi oleh Cik Raja Mayang, Cik Dayana, Encik Shefek dan Muhammad Aizat serta diperhatikan oleh Koordinator Program, Encik Md. Lehan Parimun. Tiada wakil dan calon yang hadir.

7.00: Keputusan Penuh dan Tidak Rasmi Diumumkan.

Keputusan Rasmi akan diumukan pada Mesyuarat Agung OMSA






1 Suara, Lets' Unite!

PENTADBIRAN YANG BAIK MENENTUKAN JATUH BANGUNNYA ORGANISASI!

Sewaktu minggu pertama semester Dis-Apr 2010, saya “dijemput kembali” oleh Encik Shefek untuk mengikuti mesyuarat mingguan OMSA. Beberapa yang dibincangkan adalah mengenai ketandusan OMSA bagi melahirkan pemimpin apabila mereka yang hadir ketika mesyuarat yang pertama itu tidak sampai 10 orang. Ini berikutan beberapa “masalah kecil” yang terjadi sewaktu semester sebelumnya yang memberikan impak "kecil" kepada OMSA.

Beberapa perkara lain yang turut menarik perhatian saya ketika itu (kerana saya hanya bertindak selaku pemerhati ketika itu kerana kurang bersuara) adalah berkenaan cadangan untuk memisahkan pentadbiran bagi persatuan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. Pemisahan ini merupakan langkah yang bijak kerana pemisahan ini hanya melibatkan pentadbiran dan bukannya pemisahan segala-galanya. Ini bagi memudahkan kedua-dua persatuan pelajar menyelia pelajar masing-masing.

Seterusnya, bagi melantik jawatankuasa yang baru, kesemua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memilih jawatankuasa baru secara lebih demokratik, iaitu secara PEMILIHAN dan bukannya lagi secara LANTIKAN seperti biasa.

Saya diberi tanggungjawab bagi melaksanakan proses pengundian itu yang pada mulanya dicadangkan supaya pemilihan dilakukan secara undian besar. Namun, setelah saya teliti semula bahawasanya proses seperti itu akan memakan tenaga, belanja dan masa yang banyak, saya mengambil keputusan bagi melaksanakan undian itu dengan cara tersendiri.

Pemimpin di mana-mana organisasi seharusnya menghuni kekosongan jawatan secara pemilihan dan bukannya secara lantikan, KECUALI organisasi itu ditubuhkan bagi tujuan mengaut keuntungan.

Pemimpin yang dipilih secara demokratik ini sepatutnya LEBIH bertanggungjawab kerana mereka ini DIPILIH oleh suara majoriti. Berbanding dengan mereka yang terpilih secara lantikan, mereka merasakan yang mereka diberi sepenuh kepercayaan daripada pensayarah dan ini AMAT BERBAHAYA kerana apabila perasaan DIPERCAYAI itu muncul di dalam diri, maka segala perancangan dan keputusan yang dibuat akan dilakukan secara melulu, sehinggakan kadang kala tanpa memikirkan sensitiviti adat dan budaya.

Seharusnya, rentak pemilihan jawatankuasa secara demokratik ini dekekalkan sehingga ia dirasakan kurang sesuai di masa depan nanti.

-jatjenin-

-Page modified by Jat Jenin, 13 Februari 2010-

Office Management Student Association UiTM Perak (OMSA)

OMSA merupakan persatuan pelajar bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (OM114), Universiti Teknologi Mara (UiTM). OMSA juga menjadi tulang belakang bagi Persatuan Pelajar Sistem Pejabat (MOFYS), pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat. OMSA bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti bagi pelajar-pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP), sama ada untuk pelajar Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda Sistem Pejabat.



Setelah beberapa tahun bertapak di UiTM Perak, OMSA akhirnya menjadi sebuah persatuan yang agak dikenali di kampus berkenaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi kalendar akademik UiTM Perak, dan kebanyakan aktiviti berlangsung dengan jayanya kerana Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat merupakan satu-satunya program di UiTM Perak yang menawarkan kursus pengurusan acara.

OMSA dinaungi oleh Koordinator Program FPTP sendiri dan mempunyai tiga orang pensyarah penasihat yang sentiasa bersemangat bagi menghidupkan suasana “Kehidupan Kampus” (Campus Life).

Namun, semangat itu hanya akan jadi semangat SYOK SENDIRI sekiranya pelajar sendiri tidak memberikan komitmen terhadap aktiviti yang telah dan bakal dijalankan. Oleh itu, OMSA UiTM Perak menyeru pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Pejabat agar berterusan memberikan sokongan dan dokongan kepada OMSA agar kita dapat memajukan diri, fakulti, university dan bangsa kita bersama-sama.

Ayuh,



1 Suara, Let’s Unite!