Beberapa perkara lain yang turut menarik perhatian saya ketika itu (kerana saya hanya bertindak selaku pemerhati ketika itu kerana kurang bersuara) adalah berkenaan cadangan untuk memisahkan pentadbiran bagi persatuan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. Pemisahan ini merupakan langkah yang bijak kerana pemisahan ini hanya melibatkan pentadbiran dan bukannya pemisahan segala-galanya. Ini bagi memudahkan kedua-dua persatuan pelajar menyelia pelajar masing-masing.
Seterusnya, bagi melantik jawatankuasa yang baru, kesemua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memilih jawatankuasa baru secara lebih demokratik, iaitu secara PEMILIHAN dan bukannya lagi secara LANTIKAN seperti biasa.
Saya diberi tanggungjawab bagi melaksanakan proses pengundian itu yang pada mulanya dicadangkan supaya pemilihan dilakukan secara undian besar. Namun, setelah saya teliti semula bahawasanya proses seperti itu akan memakan tenaga, belanja dan masa yang banyak, saya mengambil keputusan bagi melaksanakan undian itu dengan cara tersendiri.
Pemimpin di mana-mana organisasi seharusnya menghuni kekosongan jawatan secara pemilihan dan bukannya secara lantikan, KECUALI organisasi itu ditubuhkan bagi tujuan mengaut keuntungan.
Pemimpin yang dipilih secara demokratik ini sepatutnya LEBIH bertanggungjawab kerana mereka ini DIPILIH oleh suara majoriti. Berbanding dengan mereka yang terpilih secara lantikan, mereka merasakan yang mereka diberi sepenuh kepercayaan daripada pensayarah dan ini AMAT BERBAHAYA kerana apabila perasaan DIPERCAYAI itu muncul di dalam diri, maka segala perancangan dan keputusan yang dibuat akan dilakukan secara melulu, sehinggakan kadang kala tanpa memikirkan sensitiviti adat dan budaya.
Seharusnya, rentak pemilihan jawatankuasa secara demokratik ini dekekalkan sehingga ia dirasakan kurang sesuai di masa depan nanti.
-jatjenin-
-Page modified by Jat Jenin, 13 Februari 2010-


0 comments:
Post a Comment